Tuesday, September 14, 2010

Syafiqa back to Dublin

Nie nak cerita pasal sepupu aku, Syafiqa. Dia nak balik Dublin dah. Huhu. Nasib baik sempat beraya dengan dia. Haritu dia cuti 4 bulan tak silap. Malam raya kedua nak balik dah. So, kitorang pun ramai2 g hantar dia kat airport Kepala Batas. Konvoi 4 kereta tu. Hehe.

*Sampai je kat airport, si Syafiqa dah g toilet. Melepas dulu siap2. Hahak. :P

Ouh. Ada peristiwa yang berlaku kt airport tu tau. Memang suspen habis lah. Masa tu, kitorang ramai2 tengah ambil2 gambar, borak2. Tiba2 aku ternampak ada sorang pakcik nie dukung anak dia. Baby lagi , rasanya umur dalam setahun lebih kot. Dia g kat polis yang jaga scan beg2. Pakcik tu macam gelabah2, dia ketuk2 belakang anak dia. Siap wat CPR lagi. Kitorang dah pelik la kan. Kenapa nie? Pastu ada sorang lelaki nie tolong. Tepuk2 belakang budak tu. Aku ingat budak tu tecekik kot. Memang kuat gila la dorang tepuk budak tu. Masa tu orang ramai dah kerumun kat situ. Terpinga - pinga. Kesian sangat kat budak tu. Dah lembik semacam. Pastu aku dengar2 budak tu kena kancing gigi. Ayah budak tu da panggil2 nama budak tu. " Adam! Adam! Allahuakbar! Adam! " Kitorang semua da cuak dah. Risau kalau budak tu tak dapat diselamatkan. Ayah ngan mak budak tu siap bukak pampers budak tu. Pastu tepuk2 lagi belakang budak tu. Budak tu memang da macam tak bernyawa je aku tengok. Tak bergerak langsung. Hishh. Risaunya! Dah lama tu, kitorang nampak budak tu muntah. Alhamdulillah. Ada juga effect. Hidup lagi budak tu. Ayah budak tu siap masukkan jari dia dalam mulut budak tu lagi. Nak make sure anak dia bernafas lagi kot. Fuhhh. Kalau tak, aku dah nak rakam dah. Tapi macam tak respect pulak kan. Memang suspen habis lah masa tu. Dah lama tu, tiba2 pakcik tu dah hilang dah. Insyaallah budak tu dah ok. Huhuhu.

Lepas kejadian tu, kitorang pun g kt kerusi. Duduk2. Sambil tu ambil2 gambar. Semua tertanya - tanya lagi macam mana keadaan budak tadi. Huhu. Flight Syafiqa tiba2 kena delay pulak. Takpela. Kitorang pun tunggu lagi. Tengah boring2 tu, kitorang boleh main cikupang. Hahaha. Kelakar je. Imbau kembali masa kecik2 dulu main cikupang. 15 minit pastu, Syafiqa dah kena check in. Salam2 semua. Tengok dorang nangis, aku pun dah nak nangis masa tu. Tiba2 rasa sedih pula. Huhu.

Nie ucapan untuk Syafiqa ~

* Semoga dapat menjadi doktor yang berjaya di masa hadapan.
* Jangan nakal - nakal ye kat sana. Hehe.
* Jaga diri baik - baik.
* Jumpa lagi tahun depan.


p/s : We will miss you!!


Nie antara gambar yang kitorang ambik masa kat airport :)





* Nak tau Syafiqa yang mana? Hehe. Yang wat peace tu. ^^\/




* Nie la semua yang datang aritu. Ramai x? Hee ~


* Cuba teka apa aku tengah wat? Haha ^_^

Monday, September 13, 2010

Syawal datang lagi (^_^)

Setelah sebulan kita berpuasa, sekarang tiba pula bulan Syawal yg mulia ini. Aku sangat teruja nak menyambut raya tahun ini. Yelakan. Semua saudara mara aku ada di kampung. Boleh sambut ramai - ramai. Seronok sangat!

Nak cerita masa malam raya. 1 kampung aku terputus bekalan elektrik. Tak semua yang putus. Diorang kata, elektrik tak cukup nak tampung semua rumah. Macam kat kampung aku, lampu tak menyala tapi tv ngan kipas berfungsi macam biasa. Haihhhh. Pelik tak pelik kan. Hehe. Terpaksalah kitorang mengharungi malam yang gelap sampai esok. Nak gosok baju raya pun tak boleh. Aiyak. Sabar jela.

Esoknya, kena bangun awal sebab nak gosok baju siap2. Kt umah, paklang ada sekali. Meriah lah sikit raya tahun nie. Paklong pn ada jugak. Dah siap2 semua, kitorang pun pergi ke masjid nak sembahyang sunat aidilfitri. Nasib baik tak ramai lagi orang yang sampai. Kitorang pun g naik atas, tempat biasa. Tengah boring2 tunggu imam datang, aku, kakak ngan syafiqa main mencari orang yang tersembunyi. Haha. Dah abis sembahyang, kena dengar khutbah raya pulak. Pastu, da abis khutbah, kitorang pun pergi ke kubur pulak. Suasana sangat sayu. Teringat kat tok. Kalau tok ada lagi sekarang, mesti best. Tapi Allah lagi menyayangi tok. Shima hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah tok. Shima pegang batu nisan tok. Teringat wajah tok. Shima tak sempat nak jumpa tok. 2 bulan lepas shima lahir, tok dah pergi dulu. Shima akan selalu doakan tok. :(

Lepas pergi kubur, kitorang pun balik umah wan. Nak siap2 g beraya. Sebelum tu, ada sesi fotografi dulu. Hehe. Kelakar sangat. Macam2 ragam ada. Oh ya. Raya tahun ni tak cukup korem sebab kak long xda. Dia ada kat New Zealand. Raya pertama dah ada kelas. Kesian dia. Tapi takpa, kitorang semua xlupa kt dia. :)



* Kitorang beriye - riye nak amik gambar, tok wan relax je duduk statik. Haha (^^,)




* The kazens :)


* With ' Geng Zebra ' heheh :P


Kemudian, kitorang pun g rumah paklong. Untuk sesi fotografi yang seterusnya.


* Happy family (^^,)

Hahahaha. Macam2 diorang nie. Dah abis makan semua, kitorang pun gerak g beraya sana sini. Ouh, lupa pulak. Tema raya family aku tahun ini ialah warna krim. Hehe. Hari raya pertama nie, penat, penat la jugak. Makan banyak gila. Aiyokk. Yang seronoknya, ada orang cakap aku dah kurus! yayyy!!! Haha. Seronok2. :D
Oh ya ! Duit raya hari ini aku dapat dalam RM205.00.. Hahaha! Boleh lah menampung perbelanjaan aku sikit.

Akhir kata, aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada semua kawan2 ku yang tersayang. Makan tu makan jugak ye, jangan terover sudah ye. Hehe..

Bubye! (^_^)