Tuesday, September 14, 2010

Syafiqa back to Dublin

Nie nak cerita pasal sepupu aku, Syafiqa. Dia nak balik Dublin dah. Huhu. Nasib baik sempat beraya dengan dia. Haritu dia cuti 4 bulan tak silap. Malam raya kedua nak balik dah. So, kitorang pun ramai2 g hantar dia kat airport Kepala Batas. Konvoi 4 kereta tu. Hehe.

*Sampai je kat airport, si Syafiqa dah g toilet. Melepas dulu siap2. Hahak. :P

Ouh. Ada peristiwa yang berlaku kt airport tu tau. Memang suspen habis lah. Masa tu, kitorang ramai2 tengah ambil2 gambar, borak2. Tiba2 aku ternampak ada sorang pakcik nie dukung anak dia. Baby lagi , rasanya umur dalam setahun lebih kot. Dia g kat polis yang jaga scan beg2. Pakcik tu macam gelabah2, dia ketuk2 belakang anak dia. Siap wat CPR lagi. Kitorang dah pelik la kan. Kenapa nie? Pastu ada sorang lelaki nie tolong. Tepuk2 belakang budak tu. Aku ingat budak tu tecekik kot. Memang kuat gila la dorang tepuk budak tu. Masa tu orang ramai dah kerumun kat situ. Terpinga - pinga. Kesian sangat kat budak tu. Dah lembik semacam. Pastu aku dengar2 budak tu kena kancing gigi. Ayah budak tu da panggil2 nama budak tu. " Adam! Adam! Allahuakbar! Adam! " Kitorang semua da cuak dah. Risau kalau budak tu tak dapat diselamatkan. Ayah ngan mak budak tu siap bukak pampers budak tu. Pastu tepuk2 lagi belakang budak tu. Budak tu memang da macam tak bernyawa je aku tengok. Tak bergerak langsung. Hishh. Risaunya! Dah lama tu, kitorang nampak budak tu muntah. Alhamdulillah. Ada juga effect. Hidup lagi budak tu. Ayah budak tu siap masukkan jari dia dalam mulut budak tu lagi. Nak make sure anak dia bernafas lagi kot. Fuhhh. Kalau tak, aku dah nak rakam dah. Tapi macam tak respect pulak kan. Memang suspen habis lah masa tu. Dah lama tu, tiba2 pakcik tu dah hilang dah. Insyaallah budak tu dah ok. Huhuhu.

Lepas kejadian tu, kitorang pun g kt kerusi. Duduk2. Sambil tu ambil2 gambar. Semua tertanya - tanya lagi macam mana keadaan budak tadi. Huhu. Flight Syafiqa tiba2 kena delay pulak. Takpela. Kitorang pun tunggu lagi. Tengah boring2 tu, kitorang boleh main cikupang. Hahaha. Kelakar je. Imbau kembali masa kecik2 dulu main cikupang. 15 minit pastu, Syafiqa dah kena check in. Salam2 semua. Tengok dorang nangis, aku pun dah nak nangis masa tu. Tiba2 rasa sedih pula. Huhu.

Nie ucapan untuk Syafiqa ~

* Semoga dapat menjadi doktor yang berjaya di masa hadapan.
* Jangan nakal - nakal ye kat sana. Hehe.
* Jaga diri baik - baik.
* Jumpa lagi tahun depan.


p/s : We will miss you!!


Nie antara gambar yang kitorang ambik masa kat airport :)





* Nak tau Syafiqa yang mana? Hehe. Yang wat peace tu. ^^\/




* Nie la semua yang datang aritu. Ramai x? Hee ~


* Cuba teka apa aku tengah wat? Haha ^_^

No comments:

Post a Comment